“Saya Wanita Paling Bahagia Ketika Ini, Pergi Bilik Air Pun Sudah Rindu.”

“Saya Wanita Paling Bahagia Ketika Ini, Pergi Bilik Air Pun Sudah Rindu.” Pados Berita Terupdate, kali ini Pados Berita akan memberikan informasi berita penting terbaru, viral dan aktual dengan judul “Saya Wanita Paling Bahagia Ketika Ini, Pergi Bilik Air Pun Sudah Rindu.” yang telah tim pados berita analisa, rangkum dan cari persiapkan dengan matang untuk anda baca semua. Semoga imformasi berita terbaru yang kami sajikan mengenai Artikel Artis, Artikel Showbiz, yang kami tulis ini dapat anda menjadikan kita semua manusia yang berilmu dan barokah bagi semuanya.

Judul : “Saya Wanita Paling Bahagia Ketika Ini, Pergi Bilik Air Pun Sudah Rindu.”
link : “Saya Wanita Paling Bahagia Ketika Ini, Pergi Bilik Air Pun Sudah Rindu.”


Pelakon, Nur Fazura Sharifuddin, menyifatkan alam perkahwinan yang kini ditempuhi memberi kebahagiaan sebenar buat dirinya.

Menurut laporan Berita Harian, Fazura, 34, berkata walaupun agak kekok kerana masih dalam peringkat menyesuaikan diri dengan situasi itu, beliau seronok kerana ia menghadiahkan pengalaman baharu.

"Saya wanita paling bahagia ketika ini kerana mengahwini lelaki seperti Fattah Amin. Memang dialah lelaki saya nantikan selama ini. Saya tahu, dia lelaki yang baik, rapat dengan keluarga dan menyayangi kanak-kanak.

'Memang agak kekok pada mulanya, tetapi selepas mula membuat kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas termasuk memotong kukunya, baru saya dapatkan sesuaikan keadaan itu sepenuhnya," katanya dalam pertemuan bersama BH Online, semalam.

Tambah Fazura sejak bernikah, mereka jarang berpisah lama walaupun atas dasar kerja.

"Macam mana nak berpisah kalau pergi bilik air pun sudah rindu," katanya sambil ketawa.

Mengenai perancangan menimang cahaya mata, penyanyi lagu Bisa Apa dan Sayangi Dirimu ini memberitahu, mereka belum bersedia ke arah itu disebabkan komitmen kerja.

"Kalau ditanya mengenai anak, kalau boleh kami nak tangguh dulu kerana masing-masing memang sibuk sehingga tahun depan. Lagipun, biarlah kami habiskan masa bersama dulu.

"Begitupun, kalau ditakdirkan Tuhan nak bagi awal, kami takkan tolak rezeki yang diberikan," katanya yang memilih United Kingdom dan beberapa negara lain sebagai destinasi bulan madu.

Pasangan sensasi ini selamat diijabkabulkan dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 November lalu.

Sekianlah berita “Saya Wanita Paling Bahagia Ketika Ini, Pergi Bilik Air Pun Sudah Rindu.” pada kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. Sampai jumpa di postingan artikel berita lainnya.


Anda sekarang membaca artikel berita “Saya Wanita Paling Bahagia Ketika Ini, Pergi Bilik Air Pun Sudah Rindu.” dengan alamat link https://padosberita.blogspot.com/2017/12/saya-wanita-paling-bahagia-ketika-ini.html

Subscribe to receive free email updates:

AdBlock Detected!

Suka dengan blog ini? Silahkan matikan ad blocker browser anda.

Like this blog? Keep us running by whitelisting this blog in your ad blocker.

Thank you!

×