Tergamak Suami Isteri Pecah Amanah Menyelewang Wang Umrah Berjumlah RM40,380 Milik Warga Emas..
Judul : Tergamak Suami Isteri Pecah Amanah Menyelewang Wang Umrah Berjumlah RM40,380 Milik Warga Emas..
link : Tergamak Suami Isteri Pecah Amanah Menyelewang Wang Umrah Berjumlah RM40,380 Milik Warga Emas..

KUANTAN: Sepasang suami isteri didakwa terbabit dalam kes penyelewengan wang umrah di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini lapor Berita Harian.
Tertuduh, Pirus, 47, didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat KRS Travel Sdn Bhd, di antara September hingga November lalu, manakala isterinya, Sureena, 43, didakwa bersubahat melakukan kesalahan itu di lokasi dan masa yang sama.
Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Fatinah Abu Bakar.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang diamanahkan sebagai ejen di KRS Travel Sdn Bhd Cawangan Kuantan menyelewang wang umrah berjumlah RM40,380 milik Ramli Hamid, 62.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama.
Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun atau tidak lebih 20 tahun dengan sebatan.
Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Mahkamah menetapkan ikat jamin RM10,000 setiap seorang dan tarikh sebutan semula kes pada 9 Januari depan.
Sekianlah berita Tergamak Suami Isteri Pecah Amanah Menyelewang Wang Umrah Berjumlah RM40,380 Milik Warga Emas.. pada kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. Sampai jumpa di postingan artikel berita lainnya.
Anda sekarang membaca artikel berita Tergamak Suami Isteri Pecah Amanah Menyelewang Wang Umrah Berjumlah RM40,380 Milik Warga Emas.. dengan alamat link https://padosberita.blogspot.com/2017/12/tergamak-suami-isteri-pecah-amanah.html